Wednesday, July 19, 2006

Hari pertama aku menulis... 20 July 2006



Hari ni tiba-tiba aku teringat nak menulis.. pulak tu tak keluar lunch.. (tak cukup corum) so lepas "tapau" soto kat cafe aku relak depan pc sambil pekena soto.. ok gak.. selalunya hari-hari aku keluar.. tak boleh dok kat office ni! bosan.. but now, after started my own blog, boleh la aku lepak kat office selalu.. tak yah keluar lunch lagi.. jimat la sikit...

Sebenarnya aku baru jer baca komen peminat penyanyi no 1 negara, Siti Nurhaliza Taruddin yang nak kahwin ngan Dato K yang hangat diperkatakan sekarang ni.. kelakar giler.. ooi! biar la dia nak pilih sapa pun, dia yang nak kahwin bukannya korang.. dah la korang tak doakan kebahagiaan dia, kutuk giler lak tu! ish ish ish.. tak baik tu... kan ker hidup mati, jodoh pertemuan tu di tangan Allah.. korang diam-diam jer la ok! Kesian diorang tu... diorang tu kan ker darah tengah manis.. (siti laa.. dato' k tuu.. entah la, manis lagi ker?) hehhehehee.. gurau jer..

Sunyi tul office aku ni.. selalunya tak la sunyi sangat.. immediate superior aku pun sibuk ngan hal dia.. kitorang dua orang jer dalam bilik ni, aku sibuk menaip, so, dia pun diam jer laa... tak per la.. first day menulis, aku nak tulis lebih sikit.. nak bagi tau a little bit about me, my family, my friends..

Ok, aku dah almost 8 years kat office aku yang gah ni.. dah bosan rasanya.. tapi bila mengenangkan usia yang semakin bertambah, market di luar pun belum tentu boleh terima aku lagi.. aku rasa aku bertahan jer la.. tapi at the same time, thinking of some possibilities of doing something for myself and of course for my family.. especially my 4 kids.. my four lovely kids.. nanti kita citer..

Sebenarnya, it is so nice to be here.. tapi sebab soooo nice tu la lama-lama jadi boring! nothing so challenging.. nak challenging apa la pulak kan.. kalau explorace tu baru la challenging! isssh.. entahlah.. mungkin sebab dah tiba masanya aku berdikari kot.. kerja makan gaji ni terlalu routine.. kalau ada business kecik-kecik ok kot... yer la... aku memang minat nak berbisnes ni.. cuma belum ada peluang lagi kot... direct selling tak minat la pulak.. jual nasi lemak ker ok kot!! hehehee.. aku suka tuu!

Friends.. I think, partly its because of you.. I'm still here... I love our friendship and treasure it as part of my life.. I can't thank you enough for this..

Family aku agak besar bagi sesebuah family zaman millenium ni.. hheeheee Alhamdulillah.. aku dan suamiku yang tercinta dikurniakan 4 orang cahayamata yang comel-comel semuanya 3 perempuan 1 lelaki.. yang sulung Iman, 5 years, Tadika student, very kakak-kakak one, lepas tu Alya, going to Tadika next year, very garang one and very nenek type! (can't blame her, nenek raise her!) and the twins! Sepasang kembar Wafa and Muaz! Aku bersyukur yang teramat sangat kepada Ilahi di atas kurnianNya yang tak ternilai... Wafa puteriku yang istimewa menjadikan aku lebih tabah dan bersyukur di dalam menghadapi kehidupan ini. Wafa yang dilahirkan seberat 1.6kg berbanding Muaz 3.2kg ini disahkan baby Cri du Chat sewaktu usianya 8 bulan setelah ujian darah dibuat ke atasnya pada hari ke 17 kelahirannya. Kami sekeluarga menerima ini sebagai dugaan Allah. Kami bersyukur kehadrat Allah SWT di atas segalanya. Wafa lambat dari segi perkembangannya, berat badannya susah nak naik.. Her first year was so challenging for us.. busy searching for solutions or remedies that could help her in increasing her weight.. it is not so much on that actually, its the syndrome that slow everything about her.. her development especially.. but, she's sooo cute.. soo pretty that you hardly can see it on her face.. she's adorable to everyone in the family, especially the siblings.. its fun to watch them together.. Wafa will giggle all the way! Muaz is the naughtiest! being the youngest (he's the second twin) he learn everything so fast, follow everything the two elder sisters did, so manja of course.. like to do his cute merajuk part.. oops.. I forgot to tell about my darling husband.. he's ok.. basically, we are one happy family. Well, of course there is something.. well you know.. life is not perfect right.. but, we managed! and that is one beautiful thing about us! Thank you Allah, for granting us with all these joys...

Ok lah.. cukup untuk hari ni.. sambung lagi esok.. jaga diri.. sayangi diri sendiri sebelum menyayangi orang lain! Wassalam..

0 Comments:

Post a Comment

<< Home